Sunday, June 5, 2011
Sekelumit cinta
Hari nih rasa free sikit. Sempat pergi squash then masa balik tuh terfikir nk makan apa malam nih. Pergi oriental, jumpa sos masam manis ABC. Then teringat ada udang kat rumah. So apa lagi, call mak tanya mcm mana nk masak 'sweet & sour prawan with a pinch of love'! Wah gituh!
Bahan2 nya:
1. Udang
2. Fish cakes
3. Bawang besar sebijik
4. Bawang putih 1/2 bijik
5. Minyak utk menumis
6. Sedikit serbuk kunyit
7. Sedikit garam
8. Dan sos ABC MASAM MANIS!
Cara2nya:
1. Gaulkan udang dgn garam dan kunyit. Biarkan sebentar agar rasanya sebati
2. Panaskan kuali + minyak
3. Tumiskan 1/2 bawang besar + semua bawang putih. Biarkan sehingga naik bau yum yum ke hidung!
4. Masukkan udang tadi. Owh aku masukkan jugak cili kering. Biar berapi sikit!
5. Goreng goreng dan goreng sehingga udang separuh 3/4 masak.
6. Curahkan setengah botol sos ABC MASAM MANIS!
7. Kacau masakkan agar rasa sebati. Biarkan sehingga sos masak.
8. Dah masak? As in nampak gelombang2 udara membuak2? Ok bagus. Masukkan lebihan bawang besar tadi. Yg nih korang potong bulat mcm bentuk cincin.
9. Kacau dan biarkan sebentar dalam 2 minit.
10. Ok dah siappppp! Boleh makan!!!
Pastuh ada pulak grilled chicken yg crispy tuh. Mak aihhhhh. Terangkat angkat smpai sekarang nih.
AUM!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment