Monday, June 20, 2011

ibu

SubhanAllah. Hari ini semakin jelas lagi dipaparkan buat aku tentang betapa besar dan mendalamnya kasih sayang seorang ibu. Iya, untuk semua ibu yg ada di dunia. Memang betul kata peribahasa,

"seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu mampu menjaga ibu mereka seorang"

SubhanAllah subhanAllah subhanAllah!

Bayangkan:

1. seorang ibu yg tidak dapat khabar berita tentang anaknya selama beberapa bulan, mencari update2 tertentu anaknya melalui facebook.

2. namun, apabila anaknya bukanlah seorang yg aktif dgn dunia sosial alam maya ini, apa lah sangat info yg bakal diperoleh ye dak?

3. si ibu dgn randomnya mencari rakan2 yg mungkin rapat dgn si anak melalui gambar2 yg di tag di facebook. >>> aku amat terharu dgn part nih. si ibu sanggup buat apa saja untuk mengetahui tentang keadaan si anak. walaupun beribu batu jauh terpisah, kasih sayang si ibu tetap utuh, tidak ditelan jarak! subhanAllah!

4. apabila 'wild-guess' si ibu adalah tidak tepat, si ibu meminta pula bantuan daripada si 'wild guess' untuk mendapatkan contact bg kenalan2 yg mungkin mengetahui pasal si anak. mmg sungguh terharu, si ibu will never give up! selagi tak jumpa petunjuk tentang keadaan anak, selagi itulah usaha diteruskan. tiada lagi perasaan malu. semua possibility yg ada, terus di explore!

5. semua kawan ditanya menggunakan khidmat message from facebook. cukup canggih si ibu. sanggup menguasai ilmu dunia teknologi dalam mencari keadaan sebenar anak. aku kagum!

6. setelah mencuba segala possibility yg ada, si ibu tetap tidak berpuas hati dgn keadaan si anak. si ibu nekad untuk datang mencari si anak! WOW!

ok, aku mmg terdiam, terkesima, kagum dan segala2nya tentang kasih sayang si ibu. mana ada ibu yg lupakan anak, mana ? mana? takda! ibu sanggup buat apa saja untuk si anak.

dan aku yakin, keputusan yg terakhir drp si ibu adalah kerana naluri keibuannya merasakan si anak tidak berada dalam keadaan yg sepatutnya. si ibu datang membawa kasih sayang untuk merawat luka si anak.

Ya Allah, sesungguhnya, kau berilah bantuan dan rahmat mu agar si ibu mampu tersenyum di pengakhiran cerita.

Amin

No comments: