Tuesday, June 28, 2011

Kasih

"sesungguhnya telah ku lihat dgn mata ku sendiri betapa kuat nya seorang ibu itu dalam membentuk keperibadian seorang anak"

"telah ku lihat juga, bagaimana seorang ibu itu yakin bahawa anakya adalah seorang yang baik walaupun ramai yang berkata buruk"

"telah ku lihat juga, seorang ibu itu sanggup melakukan apa sahaja demi anaknya"

"dan telah ku lihat juga, si ibu yg menyalahkan didikan sendiri atas masalah yang dihadapi anaknya"


Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur kerana telah diberikan peluang untuk melihat apa yang terselindung di sebalik tubuh kecil seorang wanita lemah bergelar ibu. Aku memohon kepadamu agar segalanya dipermudahkan. Sesungguhnya, pengakhiran yg baik lah adalah sebaik2 pegakhiran. Amin.

Ya Allah, peliharalah semua kaum ibu di dunia ini. Berikan lah mereka kekuatan dalam mengharungi setiap dugaanMu ya Allah. Dan berkatilah kehidupan mereka semua dengan kehidupan yang baik. Sesungguhnya, jasa mereka memang tidak ada tolok bandingnya. Amin.

No comments: