Sunday, April 27, 2008

The Phenomenon of Athan

~sharing is caring~ i'm here again to share with u guys about what i have found about azan. i was asked to give a tazkirah regarding this matter. after a week of preparation ( as if!), this was what i presented :

KELEBIHAN AZAN

Seruan azan adalah merupakan salah satu syiar dan sebagai cara untuk menyeru orang ramai menunaikan sembahyang.
Azan menurut syarak bererti zikir yang ditentukan untuk pemberitahuan Sembahyang Fardu Lima Waktu dan mula disyariatkan pada Tahun Pertama Hijrah di Madinah. Perkara ini telah diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Abdullah bin Umar katanya yang bermaksud :

"Semasa orang-orang Islam sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu sembahyang dan tidak ada seorang pun yang menyerukan untuk sembahyang. Pada suatu hari mereka pun membincangkan hal itu. Berkata sebahagian mereka : Ambillah 'nakus' (loceng) seperti nakus orang-orang Nasrani (Kristian). Berkata sebahagian yang lain pula : Ambillah 'buuq' (terompit) seperti terompit orang-orang Yahudi. Lalu berkata Umar : Tidakkah kamu melantik seorang lelaki untuk menyerukan sembahyang? Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Wahai bilal, berdirilah dan serulah untuk sembahyang".

Maka buat kali pertamanya azan pun dilaungkan dengan kalimah-kalimah yang suci dan ini membuktikan betapa seruan azan itu merupakan simbol syiar Islam yang unggul lagi tersendiri dan bukannya ditiru dari mana-mana adat atau budaya asing.
Sesungguhnya seruan azan itu mempunyai banyak hikmah dan kelebihannya. Imam Nawawi Rahimahullah pernah berkata bahawa azan itu mempunyai empat hikmah iaitu :

Pertama : Untuk menzahirkan tanda Islam dan Kalimah Tauhid.
Kedua : Untuk memberitahu tanda masuk waktu sembahyang.
Ketiga : Untuk memberitahu tempat sembahyang.
Keempat : Untuk memanggil berjemaah.

Selain daripada itu, laungan azan mempunyai banyak kelebihan-kelebihan antaranya ialah laungan azan itu dapat mengusir syaitan sebagaimana disebutkan dalam hadis maksudnya :

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu barulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata : Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Dalam pada itu, azan juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang sedang dalam kerasukan dan menghindarkan mereka daripada kejahatan jin, begitu juga sunat mengazankan orang yang buruk sifatnya sama ada daripada manusia atau binatang dan orang yang resah gelisah kerana azan itu boleh menghilangkan keresahan itu. Sunat melaungkan azan ketika menghadapi kebakaran atau untuk orang yang hendak musafir atau untuk anak damit yang baru lahir supaya anak damit itu tidak akan diganggu oleh Ummu Syibbyan iaitu daripada kalangan jin.
Perlu diketahui juga bahawa waktu atau masa di antara azan dan iqamah merupakan di antara saat-saat mustajab di mana doa diperkenankan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Oleh kerana itu kita disunatkan untuk berdoa pada ketika itu seperti memohon selamat daripada musibah dan penyakit. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Annas bin Malik katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Doa tidak ditolak antara azan dan iqamah. Mereka berkata : Apakah yang kami katakan wahai Rasulullah? Baginda bersabda : Kamu memohon kepada Allah afiat (keselamatan) di dunia dan di akhirat". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi).

Islam telah mengajar kita cara-cara untuk menghormati azan, antaranya ialah jika kita mendengar seruan azan atau iqamah sedang dilaungkan, maka sunat kita berhenti sekejap untuk menjawab seruan azan, bukan dengan mengambil sikap sambil lewa dan tidak acuh seperti tidak memperdulikan seruan azan yang dilaungkan, seolah-olah tidak mendengarnya apatah lagi untuk menyahut seruan azan tersebut.
Oleh itu hormatilah azan dengan menjawab azan yang dilaungkan oleh mu'azzin iaitu dengan mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh mu'azzin itu kecuali pada

Haiya alas solah 2X

  • # Jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X
  • Haiya alal falah 2X

  • # jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X
  • As – Solatu khairum minan naum 2X

  • # Jawab- Sodakta wa bararta 1X
  • Agama Islam sendiri telah mengajar bahawa jika seseorang itu mendengar azan atau iqamah, walaupun ketika itu dia sedang membaca Al-Qur'an, berzikir, menuntut ilmu atau berdoa, maka sunat bagi orang itu berhenti sekejap untuk menjawab azan atau iqamah. Sunat juga menjawab azan dan iqamah walaupun dalam keadaan berhadas, junub, haid atau nifas kerana ianya adalah zikir, melainkan ketika dalam sembahyang fardu atau sunat, bersetubuh dan qada' hajat (buang air kecil atau besar) namun sunat dijawab kemudian jika tidak lama jaraknya. Ini jelas kepada kita sedangkan ketika beramal ibadat juga kita disunatkan menjawab azan, maka apatah lagi ketika berbuat perkara-perkara yang lain seperti sedang berbual-bual, menonton televisyen, bersukan dan sebagainya, bukankah lebih utama baginya untuk berhenti seketika bagi mendengar dan menjawab azan yang sedang dilaungkan?.

    Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Juma'ah ayat 9 tafsirnya :

    "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segerakanlah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dengan mengerjakan Sembahyang Jumaat dan tinggalkanlah berjual beli pada saat itu. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya".


    for your infromation, i got this text from 'Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam''s website. here is the link. apart from this, there was another video i shared with them. i got it from youtube entitled 'Fenomena Azan'. it is just another thing which make me realized that ALLAH MAHA BIJAKSANA. Enjoy~

    No comments: