Showing posts with label Religious. Show all posts
Showing posts with label Religious. Show all posts

Friday, May 1, 2009

Food for thought


SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya
setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua
orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan
akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a.. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Thursday, December 18, 2008

L.A.M.E


"Gagal sekali bukan bermakne, gagal selamenye"


LAME!!!(ini perkataan bahase Inggeris buat pengetahuan semua) Selalu je kite dgr ayat kat atas tuh. Berulang2 kali. Takde idea laen ke?
Anyway, yes entry hari nih adalah pasal kegagalan. Kenape? Troskan membace...

Bile gagal mesti kite sedih. Bile gagal, kite mesti tak keruan, Bila gagal, kite mesti sakit hati. Bile dipikir2, ape salah kite? Semuenye kite dh buat. Tp kenape kite mesti gagal jugak? Tak adil! Tak adil! Tak adil! Kawan kite tuh buat siket je kerje, tp die lulus. Kawan kite yang lagi satu tuh asyik tido je, tp die lulus. Kawan kite yg ketiga plak tuh tak penah dtg kelas, tp die lulus! AAArggggghh. Tak adil!

Ape salah kite?

Usaha + DOA + Tawakal = Kejayaan

Nih pon selalu kite jumpe. Lagi2 mase sekolah rendah. Mase ade cikgu pelatih yang dtg mengajar kt sekolah kite. Mesti ade antara diorang yang rajin buat bookmark, tulis 'word of wisdom' nih, pastuh kasik kt kite semue. Jadi bende2 cmnih mmg tak asing lg. Bak kate nenek aku;

" dah jadik sebati dah!"

Mesti korang ckp Chef Wan pon ckp mcm tuh jugak kan? Chef Ismail? (sambil feeling2 membuat kek) Well, this is my blog; the decision is mine! Bole? :P

Anyways, berbalik dengan soal kegagalan. Wahai rakan2 sekalian, memang amat sukar untuk kite menerima kegagalan. Lebih2 lagi kalau kite dah berusaha dengan bersungguh2. Oh ye, sebelum mengaku bersungguh2 tuh, pikir dulu, apakah tahap bersungguh2 kita tuh? Kalau setakat seminggu sebelum final baru nk bersungguh2 sedangkan orang laen dah start setahun lagi awal, kaji balik pengertian bersungguh2 tuh yerk!

Mmg tak dinafikan ade org tuh, sehari pon bole hasilkan kerja yang menarik, namun kita perlu tahu di mana tahap kita. Mungkin org tuh di hari2 sebelumnya, dia dah buat persediaan. Mungkin jugak dia tuh pretend tak buat pape depan org, tp kat blakang, gigih segigih2nya!(owh zaman high school ku; zaril aku tak maksudkan ko) Mungkin jugak dia tuh tergolong dalam golongan minoriti bergelar genius (malu la saye mcm nih :P). Tak payah lah kita nk pertikaikan semua tuh.

Jadi, apa yang kite perlu buat, apabila situasi ini menghinggap kehidupan kita yang aman suatu ketika dulu, usah panik. Cuba berfikiran positif. Revise semula segala yang kita telah lakukan. Adakah usaha kita memadai? Adakah wujudnya keberkatan dalam usaha kita? Adakah usaha kita itu dalam jalan yang diredhai? (bkan sahaja keredhaan dari Allah, tapi juga orang sekeliling)

Sebagai seorang muslim pula, kita patut tahu bahawa setiap ujian yg datang sebenarnya adalah tanda sayangnya Allah kepada kita. Kenapa? Sebab dari situ lah sebenarnya Allah nak tgk di mana kedudukan kita sebenarnya. Adakah pada tahap yang lebih baek, masih di takuk lama ataupun, lebih teruk dari sebelumnya.

" It is not about how we start, it is the ending that matters"

Ye, amat btol! Jadi, takdelah perumpamaan pertama yang dinyatakan di atas (wah, ayat SPM!) LAME sgt. (peringatan sekali lg: minta tolong mat salleh ntok maksud perkataan)

Mesti ade yang cakap, kalo cmtuh, bole la kite enjoy puas2 skarang. Nanti baru lah kita cover balik semua. Peringatan bagi mereka2 yang berfikiran seperti ini,

"korang tau ke bile korang nk mati? jawab cepat!!!???"

Oleh yang demikian, perkara yang paling afdhal adalah dgn istiqamah iaitu usaha yang berterusan. Teruskan usaha kerana kejayaan bakal muncul tiba. Usah berduka kerana kegagalan bukan untuk selamanya. Setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Buka mate dan cubalah untuk mencari.

Konklusinya,

Usaha + DOA + Tawakal = Kejayaan

Kalau gagal jugak, usah putus asa. Cuba lagi tahun depan!
Eh silap, revise kesilapan, ubah kesilapan, teruskan berusaha, berserah pada yang Esa. InsyaAllah, hajat kita termakbul.


Good luck!




Friday, December 5, 2008

Seuntai kata untuk semua

Aloha, bertemu kembali kita semua. Diharapkan sihat2 hendaknya. Dalam post nih aku nk jadik seryes. Aku cube sedaye upaye nk jadikan post nih sbg post yang tak mengarut2 sebagaimana sesetengah pihak mksudkan.*OPS* Aku tanak la cakap sape, sbb nnt mcm memburukkan pihak tuh plak :P hehee (aiyoyo.. mintak2 tak kene fire lepas nih ;))

Anyway, sebagaimana yang dijanjikan, ade sedikit bahan yang mungkin dapat dijadikan peringatan, panduan serta tauladan buat kite bersama. Material nih bersumberkan dari ustazah snazzz. Classkan name? hehe

"Sebaik-baik manusia, pasti ada terselit kekhilafan dalam kehidupannya. Dan seburuk-buruk manusia sekalipun, pasti ada jua kebaikan yg dilakukan. Cuma antara sedar ataupun tidak...

Nevertheless, despite of all the mistakes and sins that we've committed, there's still chance for repentance and seeking forgiveness from Him..It's never too late to do so...remember that Allah is always stretching His majestic hand towards us, so whenever we feel down spiritually, we should remember that He is ready to accept us as long as we're sincere..it is even stated in surah al-araf verse 156, "and My mercy encompassess all things" i.e "rahmatku meliputi setiap sesuatu"...

may we always keep Allah in mind, in whatever we do, and turn to Him in whatever state we may be in..in fact, this is the best remedy to all of our problems/conflicts... jdkan sembahyang, al-quran & tafsir sebagai teman plng rapat dgn diri kite.. insyaa
llah, Allah will make everything easier for us to deal with, be it either in our daily life or hereafter....

lastly, I would like to share an interesting article which I find relevant to most of us;
"Every sin is a black dot on one's heart, and if we do not seek forgiveness for that sin, it remains. The black dots accumulate until the heart is enveloped in a black shell and thus, the person becomes numb to the concept of turning to God, ONLY PERFORMING the OBLIGATORY ACTS, SUCH AS PRAYER OUT OF HABIT RATHER THAN REMEMBERANCE AND OUT OF SINCERITY...*pay attention to the phrase in capital letters* hopefully we're not the kind of person who perform our daily prayers as a habit rather than a sincere & honest submission to Allah S.w.t.."

Thank u ustazah! Dalam sungguh mksud kate2 tersebut. InsyaAllah, peringatan ini akan kekal smpai bila2 diingatan yerk. Oh ya, sure korang sumer nk tau sape die kan? hehe... Aku bole je nk reveal sape die, tp kene mintak izin tuan punye diri lerrr..


Amacam ustazah? bole ke tak nak reveal ur identity nih? :P

Mugkinkah ini gerangannya ustazah snazzz? Chomel sungguh! hehe

Monday, August 25, 2008

LOST


O Allah,

guide me among those whom You guided,

relieve me from sickness among those whom You relieved,

support me among those whom You supported,

bless for me what You gave me.

Protect me against the evil of what You created,

for You are the One Who orders (ordains)

and not the One Who is ordered (ordained for).

Whomever You support is not weakened and ignored,

and whomever You oppose is not dignified.

O our Lord,

may Your givings increase.

You are the Supreme One Whose status is high and great

and You are clear of any imperfection.

Praise is due for what You ordained.

I ask You for forgiveness and I repent to You.

May Allah raise the rank of Muhammad,

and his Al and Companions.

May Allah protect the Prophet’s Nation from what he feared for it.

Sunday, August 10, 2008

27 Rejab

Aku tau skrang dh masuk Syaaban dh pon. Tp bile tgk je video nih, rase best plak..
Nmpk mcm kite ade sekali kt dalam journey tuh.. And subtitle lagu tuh membolehkn kite imagine ape yg kite jumpe mase journey tuh. Well done to the composer of the video! U really have done a good work!! n congrats jugak kat lagu nasyid tuh.. the song composition + the lyric are soo meaningful! Dapat mengimbas kembali cerita Isra' Mikraj yg jarang sekali kite dengar..
Sykran!!

Monday, June 16, 2008


Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sekian untuk renungan kita bersama

Monday, June 9, 2008

the boy and the king


Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut: “aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.

Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas pertemuan tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: “Jika kamu takutkan tukang sihir, katakana kepadanya bahawa ibu bapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibubapamu (kerana lewat pulang), katakana kepada mereka berdua tukang sihir telah menahanku.

Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya, “Pada hari ini, aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih Engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.”

Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati (orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya).
Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: “Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, engkau akan diuji nanti. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentang ku.

Budak tersebut berjaya mengubati penyakit kusta dan sopak. Dan juga dapat mengubat semua penyakit yang dihadapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit hingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut, dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak tersebut: “semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.”

Budak berkata kepadanya: “Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu.” Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sedia kala.
Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya: “Siapa yang mengembalikan penglihatanmu?” Kata pembesar tersebut: “Tuhanku.” Raja sangat marah dan mengatakan: “Ada ke tuhan lain selain dariku?”
Lalu pembesar tersebut ditangkap dan diseksa hingga dia pun membonngkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: “Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini.”
Lalu budak itu menjawab: “Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah.” Lalu iapun ditangkap dan terus diseksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan seksaan).

Lalu rahib pun ditangkap. Ia diserahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.

Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata: “Balik semula kepada agama asalmu.” Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: “Bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah: “Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki.”

Tiba-tiba bukit bergegar dab jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja. Raja bertanya: “Mana dia kawan-kawanku?” Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi mereka.” Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: “Bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan, campakkan ia ke dalam laut.”
Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: “Mana kawan-kawanku?” Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi mereka.”

Lalu budak tersebut berkata kepada raja: “Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta.” Tanya raja: “Apa dia?” Kata budak: “Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.

Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia. (Tiba-tiba orang ramai berkata: “Budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui)* “Kami percaya kepada Tuhan budak ini.”
Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan: “Telah berlaku apa yang aku tidak mahu ianya berlaku.” Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak, akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: “Wahai ibu, sabarlah. Engkau berada di atas kebenaran!”

Hadis riwayat Muslim (No.5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq), Tarmizi (No.3263 Kitab Tafseer al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab Riyadhus Solihin di bawah bab Sabar.

*di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yang ada dalam riwayat Tarmizi.

p/s: -citer nih diperoleh dari mr awe
- kalo nk lg menarik, bole tgk video by click here

selamat beramal~ (ala2 hot fm)

Monday, May 19, 2008

sekadar renungan


Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah seorang pun daripada kamu menjadi orang yang tidak berpendirian, beliau mengatakan: ‘Aku bersama orang ramai, jika mereka berbuat baik aku akan berbuat baik, sekiranya mereka berbuat jahat, aku akan berbuat jahat,’ tetapi kamu mestilah menetapkan diri kamu, apabila orang berbuat baik, kamu mestilah berbuat baik, sekiranya mereka berbuat jahat, kamu mestilah menjauhkan diri daripada kejahatan mereka.” (Hadith Riwayat Tarmizi)

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail. Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

o Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

o Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

o Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

o Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

o Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

o Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

o Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."



Monday, April 28, 2008

Ingin berjuang?? Fikir2kan :)

i've came across this youtube video when i saw a link at one of my friends in ym. the lyric is so powerful, motivative and inspirational! sit back and listen carefully. then think that can we really2 'berjuang?'me myself have no answer for that question but one thing for sure, i keep repeating the video! it is awesome!!!

Sunday, April 27, 2008

The Phenomenon of Athan

~sharing is caring~ i'm here again to share with u guys about what i have found about azan. i was asked to give a tazkirah regarding this matter. after a week of preparation ( as if!), this was what i presented :

KELEBIHAN AZAN

Seruan azan adalah merupakan salah satu syiar dan sebagai cara untuk menyeru orang ramai menunaikan sembahyang.
Azan menurut syarak bererti zikir yang ditentukan untuk pemberitahuan Sembahyang Fardu Lima Waktu dan mula disyariatkan pada Tahun Pertama Hijrah di Madinah. Perkara ini telah diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Abdullah bin Umar katanya yang bermaksud :

"Semasa orang-orang Islam sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu sembahyang dan tidak ada seorang pun yang menyerukan untuk sembahyang. Pada suatu hari mereka pun membincangkan hal itu. Berkata sebahagian mereka : Ambillah 'nakus' (loceng) seperti nakus orang-orang Nasrani (Kristian). Berkata sebahagian yang lain pula : Ambillah 'buuq' (terompit) seperti terompit orang-orang Yahudi. Lalu berkata Umar : Tidakkah kamu melantik seorang lelaki untuk menyerukan sembahyang? Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Wahai bilal, berdirilah dan serulah untuk sembahyang".

Maka buat kali pertamanya azan pun dilaungkan dengan kalimah-kalimah yang suci dan ini membuktikan betapa seruan azan itu merupakan simbol syiar Islam yang unggul lagi tersendiri dan bukannya ditiru dari mana-mana adat atau budaya asing.
Sesungguhnya seruan azan itu mempunyai banyak hikmah dan kelebihannya. Imam Nawawi Rahimahullah pernah berkata bahawa azan itu mempunyai empat hikmah iaitu :

Pertama : Untuk menzahirkan tanda Islam dan Kalimah Tauhid.
Kedua : Untuk memberitahu tanda masuk waktu sembahyang.
Ketiga : Untuk memberitahu tempat sembahyang.
Keempat : Untuk memanggil berjemaah.

Selain daripada itu, laungan azan mempunyai banyak kelebihan-kelebihan antaranya ialah laungan azan itu dapat mengusir syaitan sebagaimana disebutkan dalam hadis maksudnya :

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu barulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata : Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Dalam pada itu, azan juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang sedang dalam kerasukan dan menghindarkan mereka daripada kejahatan jin, begitu juga sunat mengazankan orang yang buruk sifatnya sama ada daripada manusia atau binatang dan orang yang resah gelisah kerana azan itu boleh menghilangkan keresahan itu. Sunat melaungkan azan ketika menghadapi kebakaran atau untuk orang yang hendak musafir atau untuk anak damit yang baru lahir supaya anak damit itu tidak akan diganggu oleh Ummu Syibbyan iaitu daripada kalangan jin.
Perlu diketahui juga bahawa waktu atau masa di antara azan dan iqamah merupakan di antara saat-saat mustajab di mana doa diperkenankan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Oleh kerana itu kita disunatkan untuk berdoa pada ketika itu seperti memohon selamat daripada musibah dan penyakit. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Annas bin Malik katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Doa tidak ditolak antara azan dan iqamah. Mereka berkata : Apakah yang kami katakan wahai Rasulullah? Baginda bersabda : Kamu memohon kepada Allah afiat (keselamatan) di dunia dan di akhirat". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi).

Islam telah mengajar kita cara-cara untuk menghormati azan, antaranya ialah jika kita mendengar seruan azan atau iqamah sedang dilaungkan, maka sunat kita berhenti sekejap untuk menjawab seruan azan, bukan dengan mengambil sikap sambil lewa dan tidak acuh seperti tidak memperdulikan seruan azan yang dilaungkan, seolah-olah tidak mendengarnya apatah lagi untuk menyahut seruan azan tersebut.
Oleh itu hormatilah azan dengan menjawab azan yang dilaungkan oleh mu'azzin iaitu dengan mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh mu'azzin itu kecuali pada

Haiya alas solah 2X

  • # Jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X
  • Haiya alal falah 2X

  • # jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X
  • As – Solatu khairum minan naum 2X

  • # Jawab- Sodakta wa bararta 1X
  • Agama Islam sendiri telah mengajar bahawa jika seseorang itu mendengar azan atau iqamah, walaupun ketika itu dia sedang membaca Al-Qur'an, berzikir, menuntut ilmu atau berdoa, maka sunat bagi orang itu berhenti sekejap untuk menjawab azan atau iqamah. Sunat juga menjawab azan dan iqamah walaupun dalam keadaan berhadas, junub, haid atau nifas kerana ianya adalah zikir, melainkan ketika dalam sembahyang fardu atau sunat, bersetubuh dan qada' hajat (buang air kecil atau besar) namun sunat dijawab kemudian jika tidak lama jaraknya. Ini jelas kepada kita sedangkan ketika beramal ibadat juga kita disunatkan menjawab azan, maka apatah lagi ketika berbuat perkara-perkara yang lain seperti sedang berbual-bual, menonton televisyen, bersukan dan sebagainya, bukankah lebih utama baginya untuk berhenti seketika bagi mendengar dan menjawab azan yang sedang dilaungkan?.

    Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Juma'ah ayat 9 tafsirnya :

    "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segerakanlah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dengan mengerjakan Sembahyang Jumaat dan tinggalkanlah berjual beli pada saat itu. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya".


    for your infromation, i got this text from 'Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam''s website. here is the link. apart from this, there was another video i shared with them. i got it from youtube entitled 'Fenomena Azan'. it is just another thing which make me realized that ALLAH MAHA BIJAKSANA. Enjoy~