Thursday, March 26, 2009

Sendiri



Sendiri?
Mungkin telah termaktub
Kehidupan ini hanyalah ilusi
Mencari pengertian yang berpanjangan
Buat panduan serta pedoman
Bukan keindahan semata-mata
Tidak sama sekali bahagia selamanya


Sendiri?
Jiwa diheret ke mana sahaja
Terus berjalan walau lelah menimpa
Untuk matlamat
Bagi kejayaan
Demi bekalan
Berterusan tanpa bantuan
Diteruskan dengan tidak berteman


Sendiri?
Mengorak kudrat mencari
Melawan anasir anti-peribadi
Menolak fantasi yang memakan diri
Realiti yang dicari
Abadi diharapkan
Berterusan kehilangan entah ke mana-mana


Sendiri?
Kelu lidah berbicara
Buntu akal mencari cara
Tiada jalan keluar
Sesat sendirian
Mengharap bantuan
Menanti kasih sayang


Sendiri?
Mungkin itulah sebaiknya

7 comments:

Tonka d' wombat said...

jgn sedey2...nanti sedey2, x leh concentrate buat keje...btol x?

p/s:
kamu tidak sendirian...(^^,)cik monty kan ade?

Syira Zawawi said...

waahhh kamu
aku yg blaja language pn x mmpu nk wt poem
hebat seehhhh
sujud queen aku kt ko
hahhahahaha

thepretender said...

snazzz:
tq tq tq..
a'ah lupe plak..
cik monty mmg sentiase menemani :)





syira oi!:
ko blajo bahase omputih.
aku blajo bahase ommelayu!
mmg la tak same.

takyah nk sujud2..
sujud mase smayang je dh cukop!
:P

Rahimy said...

this is so moving.

thepretender said...

*claps*
thanks ;)

. said...

Sendiri? Mungkin itulah sebaiknya, bro? Assalamualaikum..singgah di sini, atau bisa saja kata tersesat ke lembah awak.

Kerana untuk mengisi sesuatu perlu ruang. ruang yang dulunya diisi oleh peneman mungkin lebih perlu diisi oleh sesuatu yang lebih besar, Hingga ruang perlu dikosongkan termasuk ruang untuk segala teman, kenangan, dunia impian...sesuatu yang lebih besar dari ruang yang ada itu sendiri. Iaitu Yang Maha Kaya, Maha Pencipta, Allah swt. Dialah peneman sejati, adikku.

adikku, maafkan jika tersalah.

thepretender said...

thanks for sharing..
really2 appreciate it.


InsyaAllah,
akan diingat, diamal dan dijadikan pedoman.

THANKS soo much :)