Monday, September 29, 2008

Hilang


Setiap apa yang terjadi, sudah pasti ada hikmah mengiringi. Cuma kita sahaja yang perlu membuka mata, mencari apa yang tersirat disebalik apa yang telah tersurat. Mata ketiga, mungkin dapat membantu dalam usaha melolosi sempadan akal pemikiran. Yakinlah, bahawa kita ini sentiasa mendapat yang terbaik dari-Nya. Ubahlah cara kita melihat, kerana mata itu hanya mampu menganalisa luaran semata2. Gunakanlah hati berserta akal. Mereka mampu membimbing ke arah pemikiran positif, membentuk diri menyukai setiap yang diberi dan ingatlah, carilah yang terbaik dengan menterbalik.

Tidak mudah untuk senang. Banyak dugaan dan cabaran serta liku2 yang menyakitkan, harus kita tembusi. Berbekalkan azam dan semangat serta berkat daripada asal usul kita, kejayaan mampu menyelusuri laluan yang kita pilih untuk diterokai. Berusaha, berdoa dan bertawakal - kata kunci setiap pencapaian. Istiqamah dalam urusan, menjamin kehidupan yang pasti membahagiakan.

Keindahan itu suatu nikmat. Namun nikmat belum tentu untuk selamanya. Persiapkanlah diri untuk semua yang belum tentu terjadi. Jadilah seorang yang menguasai semua kerana semua itu adalah lebih baik daripada yang sedikit. Semua itu keseluruhan tetapi sedikit itu ada penyekatan. Pilihlah yang mudah kerana nikmat banyak di sana. Namun, janganlah bermudah2 kerana itu amat merugikan.

Usah memilih dalam berilmu kerana ilmu ada di mana2. Usah bersedih kerana berilmu kerana ia sebenarnya bermakna. Carilah ilmu dengan mereka yang beramal kerana mereka telah mendalaminya. Setiap mereka ada ilmunya, terpulanglah kepada kita untuk menyelidikinya. Janganlah kecil dikatakan bodoh, usah juga besar digelar bijak. Sebaiknya, berkenalanlah kerana itu kunci kepada semua.

Saturday, September 27, 2008

Terima kasih daun keladi


Memang sesuatu yg di luar jangkaan. Kehadiran sekeping kad mampu mengubah penghabisan suatu hari... Terima kasih ikhlas dari sudut hati ini. Semoga ukhwah yg terjalin akan berkekalan buat selamanya... THANK YOU SOO MUCH!!!

Dan buat pengirim juga, terimalah kad yg tidaklah sehebat kad2 raya di Malaysia ini. Nak hantar pon dah tak sempat. Terbukti sudah, inilah tujuan utama diwujudkan internet, sentiasa membantu mempercepatkan perhubungan. Walaupun perasaannya tidak sama seperti menerima sekeping kad dari seorang posmen, namun percayalah, kehadirannya tetap diiringi niat murni, suci dan ikhlas. Salam Aidilfitri buat diri di sana. Maaf Zahir dan Batin.

Sunday, September 21, 2008

YEZZZAA!!!


Pencarian bermula...


On your mark,
Get set,
GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!

Wednesday, September 17, 2008

Tagged by Fatin Atiqah Abu Othman

Rules:
1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog

Starting time : 1.21am
Name : Muhamad Hanafi Rahmat (i know it sounds sooooo gewd! :P thanks btw)
Sisters : 3
Brothers : 1
Shoe size : 9
Height : 165cm (aku pendek! hoho)
Where do you live : Kg. Bindu, Batu Pahat >>> saya orang kampung!

Have you ever Been on a plane : hmmm.. since i'm now in Downunder, i guess my answer gonna be YES.
Swam in the ocean :yup!
Fallen asleep at school : hehe.. I'm the KING esp during form 5 chem class...haihhh chem is sooo not my thing
Broken someone’s heart :hehehehe..maybe yes n maybe not..
Fell off your chair : i must be kidding if NO is my answer

Sat by the phone all night waiting for someone to call : hahaha..not recently
Saved e-mails :yes but in the end it would still gonna be deleted..dats just style
What is your room like : full with lots of thing esp my architecture stuffs!!! i need bigger room...

What’s right beside you :my bed
What is the last thing you ate :laksa johor for sahur! sedap sungguh laksa abg sam inney! nk lagi nk lagi!!!

Ever had Chicken pox : yes
Sore throat :yes.
Stitches : yes! mase form 1 -tangan kene spike mase long jump..cuak gile mase tuh!
Broken nose : alhamdulillah hidung ku masih cntik lagi..hehe tak penah
Do you Believe in love at first sight : hmmmm..hmmm..Yeee....ssssss...YES!
Like picnics : just ok.. would be better if it's only with the close ones
Who was were the last personYou danced with : hmmm..ME..was dancing in front of the mirror :P
Last made you smile : fatin yg suke mengomel!
You last yelled at : i dont yell at people
Today did you Talk to someone you like :many times
Kissed anyone : no
Get sick : sometimes
Talk to an ex : dont have any... saya bujang yg blom berpunya :P ngehngeh
Miss someone : yes yes yes! nak balik rumah
Who do you really hate: those who dont know me but pretending they know.
Do you like your hand-writing : yes
Are your toe nails painted : no
Whose bed other than yours would you rather sleep in : my parents n my adeks2...org laen mcm rase geli :P
What color shirt are you wearing now : green jumper
Are you a friendly person : hmmm..quite friendly but prefer to be alone
Do you have any pets : cats n ayams
Do you sleep with the TV on : hehe..kat rumah..but then akan off jgak
What are you doing right now : suppose to finish my construction assigment
Can you handle the truth : yes.

Are you closer to your mother or father : MAK
Do you eat healthy : yes
Do you still have pictures of you & your ex : i'm still single till now
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : keep it to myself
Are you loud or quiet most of the time : quiet but would turn the other way round with those i'm familiar with
Are you confident : definitely!

5 things I was doing 10 years ago
1) i was in standard 5? kan!?
2) love volleyball
3) merayap je hari2
4) maen guli + galah + kejar2 + policen3 etc
5)saya budak baik

5 things I would do if I were a billionaire
1) bring my family around the world
2) balik m'sia hari2
3) menabung menjamin masa depan
4) bukak restaurant
5) membantu mereka yg memerlukan (cheeewah!)

5 of my bad habits
1) malas
2) ego tinggi
3) suke membuang masa
4) jahat
5) kaco org

5 places I am living in
1) Kg Bindu
2) Ayer Keroh
3) Subang Jaya
4) Randwick
5) my imagination

5 people I tag
1) Rahimy
2) Ayu Ahmad
3) Munir
4) Syazeleen
5) IzzaIdaham

yes siap pon! panjang sungguh!!!

Thursday, September 11, 2008

Harapan Ramadhan


Alhamdulillah.. Hari nih sudah masuk hari ke-11 aku berpuasa di bumi kangaroo ini dan ini merupakan entry pertama aku buat bulan yg mulia ini. Sesungguhnya, sudah pasti ada yang ingin aku kongsikan sehingga sanggup aku membuat satu post khas buat tatapan kita bersama.

Walaupon pada awalnya byk dugaan dan cabaran bersama2nya Ramadhan nih, syukur dgn pertolongan dari yg Esa, aku masih lg mampu mengharungi setiap dugaan yg mendatang.Terima kasih kepada rakan2 yg sanggup dan sudi berkongsi telinga mendengar setiap rintihan dan luahan hati yg pada ketikanya, pernah berada di tahap paling bawah, tidak mampu melawan dan hanya menanti saat untuk jatuh menyembam bumi. Tetapi, Alhamdulillah, pertolongan Allah itu sentiasa ada di mana2, hanya kita sahaja yg perlu menundukkan ego, merapatkan tangan memohon daripada-Nya.

SubhanAllah, maha suci Allah yg telah menjadikan setiap yg berlaku berserta dgn hikmah2nya. Aku dapat rasakan, Ramadhan kali ini mmg terlalu berbeza daripada yg sebelum2nya. Jiwa ku menjadi lebih sentimental dalam setiap yg aku lakukan. Ada sahaja yg akan menyentuh hati dan perasaanku secara tiba2. Rindu terhadap semua insan tersayang sentiasa mengiringi perjalanan kehidupan ku sehari2. Terima kasih kepada pencipta teknologi kerana sesungguhnya, terasa bersebelahan sahaja walaupon secara hakikat, beribu2 batu jarak pemisahnya.

Ramadhan ini juga seperti membuka semula segala noktah2 hitam yg meghantui masa silamku. Aku bukan malaikat, dan sebagai manusia, tentunya kesilapan itu menjadi suatu kemungkinan yang pasti. Alhamdulillah, kesedaran itu beransur2 meresap ke dalam hatiku yang aku yakin telah bertukar separa hitam, memberi pedoman untuk aku kembali semula ke jalan yang sepatutnya aku turuti sejak awal lagi. Syukran atas segala norma2 kesedaran dan ketaqwaan yang telah Engkau pinjamkan dan jadikanlah suatu pinjaman tetap buat akaun hidupku ya Allah.

Di sini juga aku ingin berkongsi akan kelebihannya menjadikan wanita bernama ibu itu sebagai sahabat kita yang paling rapat, umpama rapatnya terus ke hati. Dialah manusia yang dapat kita curahkan segala isi hati yang terpendam tanpa sebarang ragu2. Bahkan, segala kegusaran yang mengekori kita selama ini, digantikan terus dengan semangat tanpa sempadan untuk kita terus mengharungi kehidupan sehari2. Kekuatan yang ditunjukkan adalah sesuatu di luar jangkaan jika hendak dibandingkan dengan kudratnya yang lemah. Benar kata orang, ibu kitalah manusia yg paling memahami diri kita. Manakan tidak, dari kita sebesar darah, dialah yang sentiasa berada paling dekat dgn kita. Hargailah dan sayangilah ibu selagi mana pinjaman terhadapnya belum ditarik kembali. Sayang MAK.

Semoga, segala ibadah2 yang kita semua lakukan sepanjang bulan ini diterima oleh yang Esa dan berterusan buat keseluruhan kehidupan kita. Berdoalah kerana sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.