Monday, September 29, 2008

Hilang


Setiap apa yang terjadi, sudah pasti ada hikmah mengiringi. Cuma kita sahaja yang perlu membuka mata, mencari apa yang tersirat disebalik apa yang telah tersurat. Mata ketiga, mungkin dapat membantu dalam usaha melolosi sempadan akal pemikiran. Yakinlah, bahawa kita ini sentiasa mendapat yang terbaik dari-Nya. Ubahlah cara kita melihat, kerana mata itu hanya mampu menganalisa luaran semata2. Gunakanlah hati berserta akal. Mereka mampu membimbing ke arah pemikiran positif, membentuk diri menyukai setiap yang diberi dan ingatlah, carilah yang terbaik dengan menterbalik.

Tidak mudah untuk senang. Banyak dugaan dan cabaran serta liku2 yang menyakitkan, harus kita tembusi. Berbekalkan azam dan semangat serta berkat daripada asal usul kita, kejayaan mampu menyelusuri laluan yang kita pilih untuk diterokai. Berusaha, berdoa dan bertawakal - kata kunci setiap pencapaian. Istiqamah dalam urusan, menjamin kehidupan yang pasti membahagiakan.

Keindahan itu suatu nikmat. Namun nikmat belum tentu untuk selamanya. Persiapkanlah diri untuk semua yang belum tentu terjadi. Jadilah seorang yang menguasai semua kerana semua itu adalah lebih baik daripada yang sedikit. Semua itu keseluruhan tetapi sedikit itu ada penyekatan. Pilihlah yang mudah kerana nikmat banyak di sana. Namun, janganlah bermudah2 kerana itu amat merugikan.

Usah memilih dalam berilmu kerana ilmu ada di mana2. Usah bersedih kerana berilmu kerana ia sebenarnya bermakna. Carilah ilmu dengan mereka yang beramal kerana mereka telah mendalaminya. Setiap mereka ada ilmunya, terpulanglah kepada kita untuk menyelidikinya. Janganlah kecil dikatakan bodoh, usah juga besar digelar bijak. Sebaiknya, berkenalanlah kerana itu kunci kepada semua.

4 comments:

Tonka d' wombat said...

entry yg cukup menarik dlm banyak2 entries...bukan maksudnye entry lain x best..tp entry ni lain dr yg lain... mendalam maksudnya dan cukup menyentuh perasaan..rasa tenang je bila lepas baca..hahaha...well doneee!!!

thepretender said...

Thanks.. n thats the sweetest comment ever! :)

mushroom said...

bagus2..indah trsusun kata2 dlm entry ni n maksudnya pun agk mndalm mengajak org yg mmbacenyer brhnti sjnk utk brmuhasabah diri..\(^,^)/

thepretender said...

wah! saya pon terhenti sejenak ketika membace komen nih...
thank u :)