Friday, October 31, 2008

potpetpotpet


Setiap manusia pastinya ada hati dan perasaan. Ianya suatu fenomena alam yg memang tidak dapat diketepikan. Namun, bukan semua manusia mampu untuk mengawal anugerah tuhan tersebut. Natijahnya, terjadilah perkara2 yg mungkin diklasifikasikan sebagai melampau ataupun melangkaui batas2 sempadan.

Hati dan perasaan adalah elemen yg mmg tidak dapat dipisahkan. Umpama isi dan kuku, keakraban antara mereka mmg tidak mampu untuk dipertikaikan. Kepercayaan yang teguh menjadikan mereka teman seperjuangan.

Kata aku, “kalau nak mengambil hati seseorang, jagalah perasaan mereka”. Aku tak kisah sama ada kenyataan ini perlu dipersetujui atau tidak, tapi yang penting, aku yakin ada kebenaran yang mampu dirungkai daripadanya. Perasaan adalah perkara seni dan untuk mendalami perkara seni, kita sendiri perlu mencari pengertian seni itu terlbih dahulu.

Kalau diberi pilihan, aku lebih rela menjadi insan tidak berhati dan berperasaan. Bunyinya seakan2 aku seorang yang kejam namun jika difikirkan kembali, perkataan kejam tidak akan wujud jika semua manusia tidak berhati dan perasaan. Bukankah begitu?

Pelik, memang pelik. Pertembungan hati dan perasaan melahirkan bait2 cinta yang semua nantikan. Dalam konteks ini, definisi cinta itu sendiri perlulah dirujuk berkali-kali kerana skop ini hanya menjurus kepada satu elemen yang mungkin mendapat pemahaman berbeza daripada kumpulan yang tak sama. Fikir dalam2, dan respons dengan minda. Wujudkan pemahaman dalam setiap tindakan.

Akhir sekali. Cinta adalah untuk semua. Daripada semua buat semua. Mampu bergerak melangkaui batasan namun pegangan hidup adalah sempadan. Goyah tiang, roboh bangunan. Sakit sendirian, perlukan teman. Namun, kehidupan perlu diteruskan. Tiada noktah selagi penamatnya belum diketemu. Berusaha dan bertawakal, beriringan bersama2.

Arghhh...aku sedang berlari smbil minda mencari2!!!

2 comments:

ayuahmad said...

wow..en.fifi
berfalsampah...haha....

thepretender said...

hehehehe.. kalo otak dh penuh smpah, tuh yg tuh yg jadik falsampah :P