Saturday, October 18, 2008

Ayat - ayat Cinta


"Ayat-ayat Cinta, kisah cinta yang katanya adalah sesuatu tidak logik untuk berlaku kerana kewujudan seorang kaum Adam yang sangat ideal",

Begitulah komen yang acapkali aku dengar dari rakan2 ku. Namun, ketika dan waktu komen2 tersebut diperbualkan, aku hanya mampu membisu daripada berkata2 kerana semuanya di luar dari laman pengetahuanku. Aku hanya mampu mengukir senyuman sambil menyimpan seribu tanda tanya sama ada akan samakah apa yang bakal aku rungkaikan.

Ok, lets str8 to the point. Takyah nk bermadah2. Haha. Jalan cerita yang diketengahkan tidaklah terlalu complicated sehingga memaksa penonton mengerah tenaga untuk memahami setiap ape yang cuba disampaikan. Namun, itu tidak bermakna bahawa cerita ini dibuat dengan sambil lewa, umpama melepaskan batuk ditangga. Banyak input2 yang diketengahkan antaranya tentang pandangan sebenar Islam terhadap wanita, percintaan selepas perkahwinan dan hormat menghormati sesama muslim dan bukan muslim.

Scene yang berjaya menguis hati dan perasaan aku ketika menonton cerita ini adalah ketika Aisha cuba untuk mencari jalan untuk melepaskan Fahri setelah dia ditangkap atas tuduhan merogol. Kesungguhan yang ditunjukkan amatlah menyentuh jiwa dan perasaan. Kepayahan yang terpaksa dilalui tanpa berbekalkan sebarang background mengenai Fahri kerana perkahwinan mereka adalah permulaan pengenalan sebenar buat kehidupan mereka berdua. Tambahan pula, sikap Fahri yang lebih gemar merahsiakan segala kisah kehidupannya sebelum berkahwin menyebabkan bertambah rumitnya proses untuk mencari jalan penyelesaian oleh Aisha. Namun, berkat kesabaran akhirnya Aisha berjaya merungkai segala rahsia yang tersirat.

Satu lagi scene yang dapat menyebabkan aku tergamam akan keikhlasan yang ditonjolkan adalah ketika Aisha merelakan Fahri menikahi Maria, seorang Kristian yang menyimpan perasaan untuk memiliki Fahri. Pengorbanan yang ditonjolkan amatlah besar dan pastinya membuat aku kagum akan keikhlasan yang ditonjolkan. Selain itu, bukti cinta yang ditunjukkan adalah sesuatu yang bukan mampu dilakukan oleh semua kaum Hawa. Namun, atas dasar untuk menyelamatkan teman hidup yang ditakdirkan buatnya, dia sanggup melakukan apa sahaja dalam usaha membebaskan Fahri dari tuduhan fitnah yang dilemparkan.

Aku juga amat tertarik dengan scene di dalam penjara di mana Fahri tidak dapat mengawal perasaannya sehinggalah kata2 yang dilontarkan oleh seorang banduan yang bersama dengannya memberi kesedaran yang mendalam dan mampu dijadikan panduan. Pada awalnya, terus terang aku katakan bahawa aku merasakan bahawa watak tersebut diwujudkan tanpa sebarang purpose dan hanyalah sekadar untuk memeriahkan set penjara tersebut. Ternyata aku silap. Sesungguhnya scene ini juga telah berjaya membuka mataku untuk tidak memandang hina makhluk lain kerana kita semua dilahirkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Apa yang membezakan hanyalah sama ada kita sedar atau tidak akan kelebihan dan keistimewaan yang kita miliki itu.

Secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan apa yang cuba dipaparkan melalui cerita ini. Walaubagaimanapun, aku tidak merasakan yang Fahri itu seorang yang ideal sebagaimana yang dikatakan oleh rakan2 ku yang lain. Bagi aku, perkataan ideal itu terlalu sempurna buat dirinya sedangkan dia adalah sama seperti insan lain. Memang benar dia diminati oleh empat orang wanita sekaligus, namun itu tidak bermakna dia seorang yang ideal. Jika kita lihat dari segi peribadi yang ditonjolkan, dia tidaklah sesempurna yang disangkakan. Tidak berterus terang dengan isteri, lurus bendul adalah antara karakter2 Fahri yang telah mencacatkan nilai ideal dirinya. Namun, ini tidak bermakna aku tidak bersetuju dengan kisah cinta 4 segi yang dialami oleh Fahri kerana aku tahu perkara seumpama itu memang wujud. Cuma ianya bukanlah suatu yang biasa didengar ataupun sesuatu yang menjadi kelaziman buat kaum Adam. Aku amat yakin perkara seumpama ini ada terjadi.

Bercakap tentang pengajaran, perkara utama yang aku pelajari adalah bahayanya bermain dengan hati dan perasaan makhluk yang bernama manusia. Sesungguhnya hati itu suatu perkara yang sensitif dan perkara sensitif ini perlulah dijaga dengan penuh teliti kerana ianya adalah suatu elemen yang fragile. Selain itu, aku juga belajar akan erti sebenar pengorbanan yang sebelum ini hanyalah suatu perkataan yang kerap kedengaran apabila Hari Raya Aidiladha menjelang tiba. Daripada apa yang aku fahami, ianya adalah sesuatu yang lebih luas maknanya daripada apa yang aku jangkakan. Dan akhir sekali, suatu yang pastinya menjadi trademark bagi mereka yang menonton cerita ini iaitu ayat yang diucapkan oleh Maria sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu;

"Antara cinta dan keinginan untuk memiliki adalah tidak sama."

Mungkin amat sukar untuk difahami bagi mereka yang belum lagi menonton cerita ini mahupun mereka yang belum pernah mengalami peristiwa seumpama ini. Namun, percayalah, memang ada kebenaran akan apa yang terucap oleh Maria itu.

8 comments:

ExtraTerrestrial said...

aaa...fi.

seems like i'm not the only one got hooked by the movie.

you've written the review nicely, just as what i thought it should be for those who thought the movie so unrealistic.

ps: nak taaruf pastu terus kahwin jugak lah. :-p

senang dan tak pening.hahaha.

Tonka d' wombat said...

u shud read the novel...it's waaaaaaaayyyyy better than the movie, lebih mendalam maksudnyer and lagie sedeh...especially the part where fahri was tortured in jail..eventhough 'cinta' dan 'keinginan untuk memiliki' adalah x sama, but they actually complement each other..tanpa cinta, x mungkin seseorg itu akan berkeinginan utk memiliki.. macam sungail nil & mesir...tanpa mesir, sungai nil x akan wujud...(^_^)

yana hashim said...

salam...

nice review bro!! somewhere n some how, i do agree with u.. to be honest.. ms tgk cite tu.. i wish fahri is xlurus bendul sgt.. ahhh.. skt hati .. ( heheh .. emo dtg balik.. sorry)

but ya.. snazzzz ( whoever she/he is) was rite too.. cinta n keinginan utk memiliki are compilment to each me.. tapi in some cases.. mmg xcompliment pun ade kan? ade org hanya cinta/sayang, tapi xmahu memiliki.. ade org mahu memiliki ,,tapi lngsung xmencintai..

anyways... saya suke ur review..xtgk pun.. mcm rs blh pham..

xoxo
comot

thepretender said...

fatin: aku pon nk taaruf pastuh tros kawen jugak. cinta lepas kawen boleyh? :P hehe




snazzz: wah! ade kebenarannya di situ :P hehe
tgh pk jugak, maybe kalo takde mesir, mungkin sungai nil ade kat batu pahat kowt? hehe
i will look for the book. nk tgk sejauh mane kebenaran ttg apa yg anda perkatakan :P




yanahashim: Thanks for dropping by here.
tu la kan, mmg si fahri tuh lurus bendul. but that's the twist. kalo tak nnt tak realistic plak citer tuh.. hehhe
btol jugak ye ape yg diperkatekan... i'll take that into account.
oh ya, snazzz ialah seorang gadis melayu yang masih lagi menuntut ilmu :P hehe

p/s: komen anda membuatkn saya lebih berkobar2 ntok menulis review lg! thanks :)

Tonka d' wombat said...

motif sg nil kat batu pahat??? hihi=)btw, xyah cari buku tu pon bole..download jer online..kn senang..hajat nk bg pinjam, tp bukuku tertinggal di msia la plak..too bad!

but one point yg still unclear to me..how come fahri bole kahwin dgn maria? padahal waktu tu, maria belum islam lgkan..bole ye? ker masa tu maria mmg dh islam?hmmm...

wahh!!!dh ade hajat nk taaruf ni..risk taker rupanya..kalo nk taaruf,bole la suroh cik r tolong carikn calon...

p/s: fahri mmg lurus bendul!!! kesian die..sume org condemn fahri..

liyana said...

wauww...diolah dgn sguh dahsyat..by man lak tu...kagum..nway, suke bc..menarik

thepretender said...

snazzz: hehehe.. tuh sumer kemungkinan yg bole berlaku kalo tak wujudnye Mesir :P
hehehe

pasal maria tuh pon tak paham jugak. hmmm tuh kene tanye yg lagi pakar

kalo tak berani amek risiko, tak interesting la idop :P

congrats tuh fahri kerana berjaya membawa watak lurus bendulnye dgn berjaya! :)




liyana: thanks.. selalu2 la dtg yek :)

mushroom said...

salam...bagus2...good comment..sye pun suker gak tgk citer ayt2 cinta 2 cz bnyk pngajaran yg beh diambil..bkn psal cnta je..tp yg pnting stp ujian yg dtg 2psti akn diakhiri dgn kgmbiraan seandainye ditmani prasaan sbar...tp kalo bace novel lg touching..=)